Freelancer

Freelance Jobs

Sunday, September 22, 2013

Peroleh RM1,000 seminggu



DAPATKAN RAHSIA KHASIAT MADU. Click Here!
Peroleh RM1,000 seminggu
Dari kiri: Mohd Ariffin dan Ahmad tidak melepaskan peluang menikmati madu lebah kelulut dari koloninya menggunakan penyedut minuman.


PASIR MAS - Setiap graduan yang tamat pengajian pasti mengimpikan untuk bekerja dengan sesebuah organisasi dan mendapat upah setimpal dengan usaha selama ini.

Namun tidak bagi anak jati Kampung Jintan, Chetok, iaitu Azeman Jaya, 22, atau lebih dikenali sebagai Tok Cik apabila dia memilih untuk mengusahakan ternakan lebah kelulut bagi mencari rezeki yang halal.

Walaupun pada peringkat awal pilihannya itu sering diragui namun, berkat usaha dan keyakinan diri, Azeman mengorak langkah cuba membuktikan kelainan yang dilakukannya itu.

Cabar diri sendiri

Berbekalkan pengalaman yang diperoleh sepanjang pengajian di Institusi Vaterina, Kluang, Johor, Azeman mencabar dirinya dengan memulakan ternakan lebah kelulut secara kecil-kecilan.

“Ramai graduan sekarang yang memasang angan-angan untuk makan gaji tetapi tidak bagi saya kerana dengan bekerja sendiri juga kita mampu berjaya dalam hidup.

“Bermula dengan modal RM10,000 hasil bantuan adik-beradik, saya hanya menggunakan kawasan halaman rumah untuk ternakan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, yang juga anak bongsu daripada lapan beradik itu, halaman rumah yang dipenuhi dengan pokok buah-buahan memberi kelebihan kepada usahanya itu kerana ia dapat menarik minat lebah kelulut.

Katanya, selepas enam bulan bersusah payah berusaha akhirnya dia berjaya menghasilkan 350 koloni kelulut yang diletakkan di sekitar kawasan rumahnya.

“Daripada jumlah itu, 30 koloni sudah berjaya menghasilkan madu,” katanya.

Pendapatan lumayan
Azeman berkata, madu yang dikumpulkan dijual dengan harga serendah RM50 bagi 200 gram, manakala RM140 untuk sekilogram.

“Oleh kerana madu lebah kelulut mempunyai banyak khasiat, terutama sebagai penawar penyakit kencing manis, darah tinggi, asma dan sebagainya, ia sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli.

“Kadang-kadang permintaan yang diterima lebih tinggi daripada hasil pengeluaran,” katanya yang memperoleh pendapatan RM1,000 seminggu hasil ternakan itu.

Azeman berkata, melihat kepada sambutan yang diterima, dia bercadang untuk membuka sebuah ladang kelulut di tanah peninggalan keluarga untuk mendapatkan bekalan madu yang lebih banyak pada masa akan datang.

“Ia masih lagi di peringkat perancangan dan saya berharap dengan sokongan ramai impian ini akan menjadi kenyataan,” katanya.

Galak anak muda

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Datuk Ahmad Ishak berkata, beliau menggalakkan petani atau pengusaha muda yang ingin berkecimpung dalam bidang ternakan lebah kelulut tersebut.

“Kami bersedia untuk membantu dari segi mempromosikan madu ini kerana dengan adanya penghasilan madu lebah kelulut ia dapat menambahkan koleksi madu yang ada di Fama, selain madu lebah dan tualang,” katanya semasa mengadakan lawatan
khas ke ladang ternakan kelulut Sungai Lombong Agro Farm milik Azeman, di sini.

Hadir sama, Pengarah Fama Wilayah Timur 1, Mohd Ariffin Awang.

Menurutnya, usaha yang dipraktikkan Azeman cukup kreatif terutama penggunaan sumbar asli dalam menghasilkan madu tersebut.

Beliau berharap Azeman dapat melakukan lebih banyak pengeluaran madu agar ia dapat dipasarkan dengan lebih meluas lagi.