Freelancer

Freelance Jobs

Friday, January 25, 2013

KELULUT




Kelulutlebah tukanglebah tidak bersengat [1] (Bahasa Inggeris:Stingless bee) atauMeliponini (nama saintifik Trigona spp.) merupakan sejenis serangga dari keluarga Apidae dan ia dianggarkan hampir 500 spesis terdapat di seluruh dunia.[2] Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti AustraliaAfrikaAsia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.[3][4].
Kelulut adalah sejenis lebah yang menghasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Ia bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Madu kelulut dikatakan mempunyai banyak khasiat.[5] Selain itu potensinya untuk dikembangkan juga dianggap amat besar.[6] Ia penting sebagai agen pendebungaan bagi banyak spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Kelulut membentuk satu koloni besar dengan organisasi sosial yang kompleks.[7] Sarangnya pula ada yang berada di bawah tanah sehinggalah koloni terbuka.[8][9]
Malaysia dilaporkan mempunyai kepelbagaian Trigona yang paling terbanyak berbanding dengan negara tropika Asia yang lain. Ia dianggarkan bahawa Malaysia mempunyai lebih daripada 35 spesis Trigona.[10] Pihak MARDI telahpun mengumpulkan sebanyak 29 spesis Trigona dalam koleksi antrapod mereka.

Sumber: Wikipedia