Freelancer

Freelance Jobs
Showing posts with label madu. Show all posts
Showing posts with label madu. Show all posts

Friday, January 25, 2013

KELULUT




Kelulutlebah tukanglebah tidak bersengat [1] (Bahasa Inggeris:Stingless bee) atauMeliponini (nama saintifik Trigona spp.) merupakan sejenis serangga dari keluarga Apidae dan ia dianggarkan hampir 500 spesis terdapat di seluruh dunia.[2] Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti AustraliaAfrikaAsia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.[3][4].
Kelulut adalah sejenis lebah yang menghasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Ia bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Madu kelulut dikatakan mempunyai banyak khasiat.[5] Selain itu potensinya untuk dikembangkan juga dianggap amat besar.[6] Ia penting sebagai agen pendebungaan bagi banyak spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Kelulut membentuk satu koloni besar dengan organisasi sosial yang kompleks.[7] Sarangnya pula ada yang berada di bawah tanah sehinggalah koloni terbuka.[8][9]
Malaysia dilaporkan mempunyai kepelbagaian Trigona yang paling terbanyak berbanding dengan negara tropika Asia yang lain. Ia dianggarkan bahawa Malaysia mempunyai lebih daripada 35 spesis Trigona.[10] Pihak MARDI telahpun mengumpulkan sebanyak 29 spesis Trigona dalam koleksi antrapod mereka.

Sumber: Wikipedia

Sunday, November 25, 2012

MADU KELULUT

Rancangan Agrotek di RTM. Mengenai madu dan propolis kelulut.


Tuesday, November 20, 2012

Lebah the video

Huraian penciptaan lebah dari segi fizik dan biologi


Monday, November 12, 2012

Apa itu madu lebah?


Sumber: Wikipedia

Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan.
Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka. Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di haif agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.
Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengan gula kasar.[1][2] Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.[2] Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.[3] Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian.[4]
Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa. Ia juga tersebut dalam kitab al-Quran[5], kitab suci agama Islam, dan sebagai simbol kepada sesetengah masyarakat.
Rasa madu berbeza berdasarkan sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut.[6] Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.[7][8]